Program yang berbentuk santai telah diadakan di NZ Corner, Wangsamaju adalah bertujuan mendekati pengundi luar terutamanya pengundi muda yang berada di Lembah Klang. Ini dilihat satu pendekatan proaktif dan baik yang dilakukan ADUN Air Putih bagi mendekati semula pengundi luar yang dikatakan 'FULL SWING' pada PRU 13 yang lepas di keseluruhan Terengganu terutamanya golongan muda. Program ini telah dihadiri oleh golongan belia, aktivis siber, pelajar universiti,wakil daripada pentadbiran kerajaan dan juga wartawan THE POSTO. Program ini juga bertujuan mendapat maklumbalas dan berkongsi pandangan dengan semua pihak terutamanya warga Air Putih dan Kemaman. Mereka yang hadir juga merasakan dihargai dengan program seumpama ini.
Sebagai YB kepada semua pengundi yang dipilih oleh majoriti, beliau ingin bertemu dengan semua warga Kemaman dan Air Putih tanpa mengira fahaman politik. Ini dilihat sebagai pendekatan yang bijak dalam mendekati rakyat dan golongan muda diperantauan walaupun berbeza fahaman politik.
Inshallah, program ini akan diteruskan lagi ke destinasi seterusnya 'SHAH ALAM'.
Terima Kasih dan Tahniah kepada YB Wan Abdul Hakim dan semoga program sebegini juga berterusan dan dicontohi oleh wakil rakyat yang lain.
Wassalam, NP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan