Selasa, 1 Oktober 2013

"Mengapa saya bertanding pada pemilihan kali ini?" - Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar


KEMAMAN 30 Sept - Calon Naib Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar telah mengeluarkan kenyatan melalui laman sosial facebook beliau semalam berkenaan persoalan-persoalan mengapa beliau bertanding pada pemilihan UMNO kali ini.

Berikut adalah kenyataan beliau:

Selepas secara rasmi saya mengumumkan untk menawar diri bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian Kemaman bersaing dgn kawan lama saya Datuk Wan A Nizam, ramai jugak bertanya

1) Kenapa saya bertanding kerana mereka tahu saya tak pernah berminat untk bertanding apa2 jawatan dalam parti sejak saya menjadi ahli 1996. Pada tahun 2008, saya tak bertanding pun jaw ajk bahagian.

2) Dengan bertanding jawatan tersebut menentang Nizam yg juga Setpol pada MB, seolah2 saya menentang MB.

Untk soalan 1), UMNO perlukan pembaharuan dan transformasi di Kemaman khususnya dan Terengganu amnya. Segala strategi dan pendekatan yg diguna pakai selama 5 tahun kebelakangan ini tidak begitu membuahkan hasil jika dilihat keputusan pilihanraya. Saya percaya dgn tulus hati saya, saya boleh membawa nilai tambah kepada UMNO Kemaman membantu kepimpinan dgn memberi pandangan2 serta perspektif baru pada pengurusan serta strategi parti berdasarkan landasan transformasi yg sudah saya perincikan sebelum ini. Juga, saya punyai 'track record' mengurus parti dan kerajaan di peringkat DUN.

Untk soalan 2) agak bersifat peribadi. Walau bagaimanapun, saya percaya calon2 yg menawarkan diri perlu menjelaskan pada perwakilan apakah sumbangan serta kepakaran yg boleh mereka tawarkan pada parti, 'track-record' sekira ada serta visi untk memertabatkan parti yg tercinta.

Sudah tentulah agak janggal dan pelik sekiranya saya mengaitkan Tan Sri Wan Mokhtar dalam kempen saya. "Perwakilan patut menyokong saya sebab saya anak bekas pemimpin besar negara, negeri dan bahagian yg banyak berjasa pada hampir semua ahli2 UMNO yg ada terutama saf kepimpinan parti sekarang. Bersaing atau menentang saya adalah sama dgn menentang ayahanda Tan Sri dan derhaka pada beliau...". Tentulah amat melucukan....atau kalau saya gunakan taktik "Menentang saya sebagai Pengerusi Backbencher yg dilantik oleh Dato MB (bertanggung jawab membuat persedian serta strategi 'menentang' parti lawan di sidang dewan undangan) adalah sama seperti menentang MB", sudah tentu sama lucunya.

Saya percaya perwakilan UMNO cukup bijak dan calon2 perlu mempunyai kekuatan serta kebolehan sendiri untk bertanding jawatan dlm parti. Isu2 legacy dan patronage tidak lagi relevan. Semoga calon terbaik untk parti akan menang! Wallahualam


 Salam Transformasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan