Ahad, 29 September 2013

Setpol MB Terengganu 'terdesak' dengan aura Wan Abdul Hakim


Penyandang jawatan Naib Ketua Bahagian Kemaman Wan Ahmad Nizam (gambar) dilihat amat "terdesak" bagi mendapatkan sokongan perwakilan pada pemilihan UMNO pada Oktober nanti apabila hanya berselindung dibelakang populariti Dato' Seri Menteri Besar dan gagal berdiri diatas kekuatan sendiri. Beliau akan berdepan dengan Yang Berhormat Wan Abdul Hakim yang memenangi DUN Air Putih dua penggal berturut-turut malah dengan majoriti yang lebih besar pada PRU13 baru-baru ini. Strategi menumpang populariti Dato' MB telah mengundang rasa kurang senang dikalangan perwakilan-perwakilan di Kemaman.

Wan Ahmad Nizam dilihat menjadi "kebudak-budakkan" apabila menyeru penyokong MB supaya turut menyokong beliau hanya atas alasan beliau memegang jawatan setpol MB. Beliau seharusnya melihat dirinya sebagai "setpol MB" yang gagal setelah  BN Terengganu  hanya "menang teruk" dan tipis dalam PRU13 yang lalu.  Beliau yang juga gagal mempertahankan DUN Chukai pada PRU13 yang dimenangi BN sebelum itu merupakan salah satu penyumbang kepada kemenangan tipis tersebut.

Kegagalan demi kegagalan dilihat Wan Ahmad Nizam adalah calon "underdog" dalam perebutan jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian kali ini.



Manakala pencabarnya, Wan Abdul Hakim (gambar) yang menggunakan slogan "Gerakan Pencetus Transformasi" dilihat lebih bijak dengan melancarkan "manifesto-manifesto" bagi  memastikan UMNO dan BN kembali dihati rakyat pada PRU14 nanti.



Manifesto-manifesto beliau iaitu:

1) Transformasi sistem nilai; UMNO itu gagah, indah dan mulia sebagaimana senikata lagu UMNO.  Tetapi utk UMNO menjadi gagah, indah dan mulia bergantung pada ahli dan kepimpinan.  Sebab itu cukup penting ahli serta kepimpinan mempraktik sistem nilai yg berdasarkan agama islam yg shumul. Ciri2 mulia seperti rendah diri, tawadhuk, amanah, berhemah, ikhlas, adil perlu kita bawa secara besar-besaran ke dalam parti.  Baru lah parti benar2 di pandang gagah, indah dan mulia di mata rakyat.

2)  integriti;  Jika sistem nilai yg di atas berjaya kita bawa, hasilnya ahli serta kepimpinan akan mempunyai integriti yg tinggi di mata rakyat. Integriti akan menghasilkan kepercayaan (trust), hormat (respect) dan kesetiaan (loyalty).

3) Visi; Apabila perkara asas sudah dicapai (trust, respect dan loyalty), ahli serta pemimpin barulah boleh melaksakan visi secara strategik untuk pengukuhan parti dan kerajaan demi bangsa agama dan tanah air.  Saya idamkan UMNO yg dinamik yg sentiasa bersedia untk adapt atau menyesuaikan diri pada perubahan persekitaran. UMNO yg inklusif pada semua peringkat; samada golongan berada, intelektual, pertengahan atau org kampung.  UMNO yg bersedia untk berdepan dgn rakyat melalui dialog, perbincangan dua hala dsb.  UMNO yg bersedia melibatkan rakyat bersama dlm proses pembangunan negara.


Hakim juga yang dikenali dengan jolokan calon bersih dan agamawan menjadi buah mulut dikalangan perwakilan-perwakilan terutamanya di media sosial yang dijangka memegang jawatan ketiga terpenting tersebut diperingkat Bahagian Kemaman.

Demi melihat UMNO terus maju dan teguh serta mendapat kembali sokongan rakyat, perwakilan perlu memilih calon terbaik dan Pencetus Gerakan Transformasi.

Salam Transformasi

Sent from Naluri's iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan