Rabu, 16 Disember 2015

Survival parti UMNO



Tulisan terbaru Tun Dr. Mahathir

Wahai Ahli UMNO
chedet.cc

1.Najib mendesak supaya kamu menyokong dirinya untuk kemenangan PRU14.

2.Malangnya menyokong Najib sebagai Ketua UMNO lebih menentukan kekalahan UMNO dan bukan kemenangan.

3.UMNO tidak pernah menang semata-mata kerana sokongan ahli-ahlinya. Jumlah ahli dalam mana-mana kawasan tidak mencukupi untuk memberi kemenangan bagi calon UMNO. Tidak pernah ahli UMNO melebihi separuh dari jumlah pengundi dalam mana-mana kawasan.

4.Yang memberi kemenangan kepada calon UMNO ialah orang Melayu, yang percaya kepada perjuangan UMNO, tetapi tidak menyertai UMNO. Orang Cina dan India juga menyumbang kepada kemenangan calon UMNO.

5.Sekarang semua mereka ini sudah tidak percaya lagi kepada UMNO. Mereka benci Najib dan mereka percaya Najib mengguna wang untuk membeli sokongan pemimpin-pemimpin UMNO. Ini diakui oleh beberapa Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen secara terbuka. Apabila pembangkang menamakan pemimpin UMNO yang telah disogok, tidak ada penafian dibuat oleh sesiapa.

6.Tindakan Najib menghalang siasatan keatas wang 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram. Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan.

7.Pentadbiran Najib menyebabkan nilai Ringgit jatuh sehingga harga barang semua naik, inflasi tinggi, dan saham jatuh harga. Ramai sekarang ini sudah muflis. Beban ditokok dengan GST yang menyebabkan harga barangan dan khidmat naik lagi.

8.Mereka yang ada anak belajar di luar negari terpaksa tambah Ringgit yang merosot nilai dari 4 Ringgit bagi 1 Pound kepada hampir 7 Ringgit 1 Pound.

9.Pembangunan negara diabaikan dan wang sebanyak RM42 billion dipinjam, dilabur secara tidak bijak dan berbillion Ringgit sudah tidak dapat dikesan. Yang diketahui ialah Najib memiliki wang sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya di bank Arab-Malaysian. Sekarang wang ini telah dipindah entah kemana. Apabila siasatan dibuat oleh badan Kerajaan yang bertanggungjawab Najib bubar badan-badan ini.

10.Sesungguhnya majoriti rakyat menolak dan benci Najib sebagai Perdana Menteri. Mereka tidak dapat terima dakwaan Najib bahawa 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaunnya adalah derma orang Arab.

11.Dalam PRU14 mereka semua, Melayu, Cina dan India akan tolak BN kerana kepimpinan Najib. UMNO akan hancur kerana ramai dari ahli UMNO tidak dapat terima Najib dan perbuatannya. Ramai dari mereka akan undi parti lawan atau tidak mengundi.

12.Sebaliknya jika Najib tidak lagi menjadi Presiden UMNO dan memimpin BN, besar kemungkinan BN dan UMNO akan menang. Perasaan benci rakyat tidak tertumpu kepada UMNO atau BN. Mereka tidak terima Najib dan kemarahan mereka hanyalah kepada Najib dan beberapa pemimpin UMNO yang membodek kerana hendak jawatan atau lain-lain.

13.Ahli-ahli UMNO yang sayang dan ingin UMNO kekal dan berkuasa perlu tolak Najib sebelum pilihanraya. Jika penolakan ini dibuat terlalu lewat, masa untuk pemulihan UMNO tidak mencukupi.

14.Jika sayang UMNO tolak Najib sekarang. Jika sayang Najib, UMNO akan hilang kuasa dan berkecai.


Sent from my iPhone

Survival parti UMNO

Tulisan terbaru Tun Dr. Mahathir

Wahai Ahli UMNO
chedet.cc

1.Najib mendesak supaya kamu menyokong dirinya untuk kemenangan PRU14.

2.Malangnya menyokong Najib sebagai Ketua UMNO lebih menentukan kekalahan UMNO dan bukan kemenangan.

3.UMNO tidak pernah menang semata-mata kerana sokongan ahli-ahlinya. Jumlah ahli dalam mana-mana kawasan tidak mencukupi untuk memberi kemenangan bagi calon UMNO. Tidak pernah ahli UMNO melebihi separuh dari jumlah pengundi dalam mana-mana kawasan.

4.Yang memberi kemenangan kepada calon UMNO ialah orang Melayu, yang percaya kepada perjuangan UMNO, tetapi tidak menyertai UMNO. Orang Cina dan India juga menyumbang kepada kemenangan calon UMNO.

5.Sekarang semua mereka ini sudah tidak percaya lagi kepada UMNO. Mereka benci Najib dan mereka percaya Najib mengguna wang untuk membeli sokongan pemimpin-pemimpin UMNO. Ini diakui oleh beberapa Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen secara terbuka. Apabila pembangkang menamakan pemimpin UMNO yang telah disogok, tidak ada penafian dibuat oleh sesiapa.

6.Tindakan Najib menghalang siasatan keatas wang 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram. Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan.

7.Pentadbiran Najib menyebabkan nilai Ringgit jatuh sehingga harga barang semua naik, inflasi tinggi, dan saham jatuh harga. Ramai sekarang ini sudah muflis. Beban ditokok dengan GST yang menyebabkan harga barangan dan khidmat naik lagi.

8.Mereka yang ada anak belajar di luar negari terpaksa tambah Ringgit yang merosot nilai dari 4 Ringgit bagi 1 Pound kepada hampir 7 Ringgit 1 Pound.

9.Pembangunan negara diabaikan dan wang sebanyak RM42 billion dipinjam, dilabur secara tidak bijak dan berbillion Ringgit sudah tidak dapat dikesan. Yang diketahui ialah Najib memiliki wang sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya di bank Arab-Malaysian. Sekarang wang ini telah dipindah entah kemana. Apabila siasatan dibuat oleh badan Kerajaan yang bertanggungjawab Najib bubar badan-badan ini.

10.Sesungguhnya majoriti rakyat menolak dan benci Najib sebagai Perdana Menteri. Mereka tidak dapat terima dakwaan Najib bahawa 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaunnya adalah derma orang Arab.

11.Dalam PRU14 mereka semua, Melayu, Cina dan India akan tolak BN kerana kepimpinan Najib. UMNO akan hancur kerana ramai dari ahli UMNO tidak dapat terima Najib dan perbuatannya. Ramai dari mereka akan undi parti lawan atau tidak mengundi.

12.Sebaliknya jika Najib tidak lagi menjadi Presiden UMNO dan memimpin BN, besar kemungkinan BN dan UMNO akan menang. Perasaan benci rakyat tidak tertumpu kepada UMNO atau BN. Mereka tidak terima Najib dan kemarahan mereka hanyalah kepada Najib dan beberapa pemimpin UMNO yang membodek kerana hendak jawatan atau lain-lain.

13.Ahli-ahli UMNO yang sayang dan ingin UMNO kekal dan berkuasa perlu tolak Najib sebelum pilihanraya. Jika penolakan ini dibuat terlalu lewat, masa untuk pemulihan UMNO tidak mencukupi.

14.Jika sayang UMNO tolak Najib sekarang. Jika sayang Najib, UMNO akan hilang kuasa dan berkecai.

Sent from my iPhone

Ahad, 16 November 2014

7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

Mohd Zulfadli
  September 25, 2014 0 Comments

Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah tuntutan yang fardu ke atas setiap orang yang beragama Islam. Walaupun sakit dan masih sedar serta waras, solat fardu perlu ditunaikan walaupun tanpa gerakan asal (ada kaedah-kaedahnya).

"Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."An-Nisa':103

Dari situ, kita akan fahami bahawa begitu pentingnya solat. Pasti ada "rahsia" dalam ibadat solat ini sehingga waktu kita sakit pun dituntut untuk mengerjakannya.

Solat

Solat itu fardhu ke atas semua umat Islam. [Elsoar]

Jika anda seorang usahawan, anda mungkin sudah tiada majikan. Tetapi jika kita fikir jauh sedikit, "majikan" bagi seorang usahawan adalah Allah. Jadi jika mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya, sudah pasti kita perlu ikut arahan majikan.

Begitu juga dengan solat, ia adalah perintah daripada Allah untuk semua manusia. Apabila usahawan mengikut perintah Allah, sudah pasti Allah akan memudahkan usaha-usaha yang dilakukan.

Solat Sebaiknya Pada Awal Waktu

Ditanya Rasulullah s.a.w, apakah amalan yang terbaik, maka baginda menjawab: Solat di awal waktu.
Hadis Riwayat At-Trimidzi

Di sini saya senaraikan 7 cara mudah (mengikut situasi) untuk menunaikan solat di awal waktu. Ingat, menunaikan solat sahaja tidak cukup, tetapi menunaikan solat dengan betul dan sebaiknya pada awal waktu.

Insya-Allah, barulah "khasiat" solat itu akan kita perolehi. Solat awal waktu dengan di akhir waktu umpama jus buah-buahan yang diperah terus dari buah dan jus yang asli telah dicampur dengan air sehingga hilang kelazatannya. Jadi jus mana yang kita mahu?

#1 – Latih Diri Hentikan Kerja Tanpa Alasan

Jika kita sedang sibuk melakukan kerja di depan komputer ataupun laptop, apabila kita mendengar azan, kita terus hentikan kerja yang sedang dilaksanakan tanpa apa-apa alasan.

"Save" segala kerja dan terus Jika kita permudahkan untuk solat, Allah akan memudahkan juga urusan seharian kita. Jadikan ia sebagai satu "habit". Setiap kali terdengar azan, terus hentikan. Jika tidak biasa, kita perlu biasakan. Lama-lama ia akan menjadi automatik.

#2 – Waktu Solat Sebagai Panduan Temujanji

Jika kita mahu bertemu dengan pelanggan ataupun prospek, tetapkan masa sebelum ataupun selepas waktu solat. Contohnya jika kita mahu bertemu pada waktu tengah hari, sebaiknya bertemu sebelum pukul 1 petang, ataupun selepas selesai menunaikan solat fardu zuhur.

Tepat Waktu

Jadikan waktu solat sebagai panduan kita melakukan sebarang kerja. [Martin Gommel]

Begitu juga jika mahu bertemu pada waktu malam, jumpa pada pukul 9 malam dan ke atas. Walaupun solat fardu Isyak boleh dilambatkan, tetapi lebih baik kita tunaikan pada waktunya.

#3 – Tetapkan 'Reminder' Waktu Solat

Gunakan perisian ataupun aplikasi 'reminder' waktu solat. Pasang aplikasi waktu solat, Al-Quran, zikir dan kompas arah kiblat dismartphone. Pasang juga perisian "reminder" waktu solat di laptop ataupun sekurang-kurang perisian alarm yang kita boleh set masa-masa tertentu untuk mengingatkan kita yang sedang terleka bekerja.

Semua aplikasi ini amat membantu kita yang kadang-kadang terlalu sibuk dalam urusan seharian.

#4 – Tampal Peringatan Di Meja Kerja

Tulis 'peringatan' dan tampal betul-betul di hadapan meja kerja anda seperti petikan hadis ataupun apa sahaja yang anda mahukan. Apabila ada peringatan sebegitu, kita akan ada sedikit motivasi untuk menyegerakan solat.

Quote Solat

Di antara kata-kata berkenaan solat yang menginspirasikan. [LionofAllah]

#5 – Berkawan Dengan Mereka Yang Tidak Lewatkan Solat

Berkawan dengan individu yang tidak melengahkan solat. Jika anda seorang usahawan, cari rakan niaga yang tegas dalam bab solat dan agama.

Bukan sahaja kita akan solat lebih awal ataupun sebaik masuk waktunya, tetapi kita juga boleh solat berjemaah di pejabat jika tidak dapat ke masjid ataupun surau, ataupun sewaktu berjalan jauh / bepergian (safar). Dalam masa yang sama, mereka boleh mengingatkan kita apabila kita dilanda kesibukan.

#6 – Jadikan Solat Polisi Utama Anda

Letak solat sebagai perkara paling utama dalam segala jua perkara. Niat, azam dan tekad dalam hati. Solat adalah segala-galanya. Selagi anda tidak solat, jangan lakukan perkara lain. Jadikan ia sebagai polisi utama anda. Anda perlu tegas dengan diri sendiri dan tidak boleh terlalu berlembut dengan sesiapa sahaja dalam soal solat.

Mereka tidak mahu solat ataupun mahu melengahkan solat, itu pilihan mereka. Anda mempunyai pilihan dan prinsip tersendiri. Apabila kita meletak solat sebagai nombor satu, Allah akan bantu kita mempermudahkan kita untuk menunaikan solat.

#7 – Solat Berjemaah Di Masjid

Solat berjemaah di masjid. Ya, inilah satu-satunya cara paling efektif untuk solat pada awal waktunya. Sebaik mendengar azan kita terus menuju ke masjid ataupun sebelum azan berkemundang, kita telah bersiap-siap untuk ke masjid ataupun surau.

Solat Berjemaah

Kita akan mendapat 27 kali ganda pahala apabila solat berjemaah. [Aeab]

Apabila berada di masjid, kita tidak ada fikiran lain selain mahu menunaikan solat sahaja dan yang pasti kita akan ikut imam. Kita akan solat dengan lebih tenang dan tidak tergopoh-gapah. Cubalah teknik ke-7 ini walaupun mungkin tidak selalu.

Rumusan

Akhir kata daripada saya, kita memang manusia yang serba serbi kelemahan. Diri kita dengan para sahabat Nabi usah dibandingkan, apatah lagi dengan para ustaz dan ulama soleh, memang kita terlampau jauh berbanding mereka. Kita jadi sahaja diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kedudukan kita di sisi Allah Subhanahu wa Taala.

    KONGSIKAN ARTIKEL INI DI SOSIAL MEDIA

    Mohd Zulfadli

    Mohd Zulfadli

    Beliau adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog SmartUsaha.


    Sent from Naluri's iPhone

    Rabu, 6 Ogos 2014

    CARA BELI KERETA TUNAI



    Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
    Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
    Solusi biasa : Pinjam Bank
    Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
    Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
    Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).

    Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64

    Kita nak buat begini

    Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
    Bayaran : RM38,000
    Untung bank : ZERO

    Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kereta sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).

    Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvi berharga RM40,000 atau yang setaranya.

    Misi : Kumpul duit RM40,000
    Tapi : Perlu kereta segera

    Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.

    Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan balik kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.

    TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta baru pun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)

    RM450 x 89 bulan = RM40,050

    Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k

    Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira

    Dalam simpanan : RM40,000
    Harga Perodua Kancil lama : RM2000
    Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan

    Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVi baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.

    Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the money work for you.

    Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.

    Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.

    Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.

    Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.

    Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah)

    Selamat mencuba.

    Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.

    Sumber: SAIFUL NANG
    Street Learner


    Sent from Naluri's iPhone
    Sent from Naluri's iPhone

    Sabtu, 28 Jun 2014

    Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!!!. Bodohnya Kita Selama Ini Ditipu, Baca Sampai Habis..

    Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.


    Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

    Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

    1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

    2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

    3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

    4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

    5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

    6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

    Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!!!


    Sent from Naluri's iPhone

    Isnin, 19 Mei 2014

    PM Najib hadir meriahkan kenduri anak bekas MB



    KEMAMAN 17 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir memeriahkan kenduri kesyukuran sempena perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di kediamannya di Teluk Kalong dekat sini hari ini.

    Ketibaan Perdana Menteri kira-kira pukul 1.10 petang disambut oleh Ahmad serta isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud dalam suasana penuh mesra bersama ribuan tetamu.

    Dalam jadualnya yang padat, Najib masih sempat meluangkan masa lebih sejam meraikan pasangan pengantin baharu itu di samping menikmati hidangan bersama Ahmad serta para pembesar dan kenamaan lain.

    Yang turut hadir, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob; Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Halina Zakaria; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

    Menteri Besar bersama isteri bagaimanapun tiba agak lewat kerana mengiringi keberangkatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam satu majlis di Kuala Terengganu.

    Pada majlis itu, Perdana Menteri mendahului upacara merenjis tepung tawar kepada pasangan pengantin dan disusuli majlis makan beradab di pekarangan kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal itu.

    Lebih 10,000 orang dari segenap lapisan masyarakat menghadiri majlis tersebut sejak pagi lagi yang diserikan dengan persembahan artis terkenal termasuk Jay Jay dan Nash.

    Nor Ashahirah Ahmad, 27, anak kedua daripada empat beradik dengan Mohd. Syahirpaul Redzuan Musa, 28, diijabkabulkan pada 9 Mei lalu dan majlis persandingan berlangsung keesokan harinya di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam dengan keberangkatan Sultan Mizan Zainal Abidin.

    Majlis perkahwinan pasangan itu menjadi perhatian setelah dikaitkan sebagai punca berlakunya salah faham antara Ahmad dengan Perdana Menteri berhubung proses peralihan pucuk pimpinan sehingga menyebabkan Ahmad memutuskan keluar parti, Isnin lalu.

    Ahmad dilaporkan berkata, Perdana Menteri menganggap soal perkahwinan adalah soal peribadi tanpa menyedari bahawa majlis kedua akan dilangsungkan pada hari ini sedangkan baginya ia cukup penting dan juga melibatkan maruahnya.

    Bagaimanapun Rabu lalu, dalam pertemuan semula dengan Najib, Ahmad memohon maaf atas keterlanjurannya dan beliau bersama dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri kembali bersama UMNO.

    Sumber : Utusan Malaysia 


    Sent from Naluri's iPhone
    Sent from Naluri's iPhone

    Sabtu, 17 Mei 2014

    Tiada Cadangan Rombak Exco Terengganu Dalam Masa Terdekat - Ahmad Razif

    Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman semalam berkata beliau tidak bercadang membuat rombakan Exco negeri itu dalam tempoh terdekat.

    Justeru itu, beliau meminta semua Exco terus bekerja sebagai satu pasukan.

    Beliau berkata selepas mendengar penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertemuan baru-baru ini, semua Exco negeri dan wakil rakyat boleh meneruskan tanggungjawab mereka seperti biasa.

    "Keadaan selesai selepas jumpa Perdana Menteri...tidak akan ada pertukaran Exco dan portfolio pada masa ini.

    "Kita dah keluarkan arahan dan Exco serta wakil rakyat kerja seperti biasa... kita akan teruskan bekerja sebagai satu pasukan," katanya kepada pemberita selepas tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, semalam.

    Kira-kira 500 pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri menyambut ketibaan beliau.

    Ahmad Razif berkata beliau mahu memberi tumpuan kepada perancangan yang dibuat bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan memberi jaminan semua projek yang memberi impak baik kepada rakyat akan diteruskan.

    Beliau dilantik sebagai Menteri Besar baharu Terengganu pada Isnin lepas bagi menggantikan Ahmad yang meletakkan jawatan.

    Sumber: Teganuku

    Sent from Naluri's iPhone