Ahad, 26 Mei 2013

POLITIK PERLU TAHU BATASAN AKIDAH

Tanpa disedari oleh ramai penganut agama Islam di Malaysia, dikala keseronakkan berpolitik dan berjuang demi rakyat kononnya, umat Islam di Malaysia telah lupa bahawa amalan atau tingkahlaku 'menyalakan lilin' yang dilakukan oleh semua peserta memprotes blackout 505 di Amcorp Mall pada 26hb Mei 2013 adalah salah disisi agama Islam.

Ini telah dirujuk dan dinyatakan dalam Majlis Muzakarah dalam Jawatan Fatwa Islam ke 88 pada tahun 2009.


Penganut agama Islam terutamanya PAS yang terdiri daripada cendikiawan dan ilmuan dalam agama harus menghindar perbuatan ini dilakukan oleh pengikut mereka. Politik telah memesongkan akidah umat Islam yang terikut-ikut cara bukan penganut Islam.

Semoga pemimpin PAS tidak membiarkan pengikut mereka lalai dalam perkara tersebut. Tapi bagaimana pula dengan PKR? Jawapan tentu ada pada Anwar Ibrahim yang nampak banyak memberi pandangan yang lebih Liberal mengenai Islam.


SEMOGA POLITIK TIDAK MEMBAWA KESESATAN UMMAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan