Mukhriz hukum pengundi Cina di Kedah, kata Teresa Kok
SEPTEMBER 29, 2013
Teresa Kok (gambar) mengatakan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz
Mahathir menunjukkan tanda-tanda seorang menteri besar yang pendendam
dan kelihatan ingin menghukum masyarakat Cina kerana tidak mengundi
Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
Ahli Parlimen Seputeh itu mengatakan Mukhriz menunjukkan sikap tidak
wajar apabila menyatakaan beliau tidak akan melayan permintaan dari
sekolah Cina di Kedah.
"Mukhriz perlu menerima pengundi berhak
untuk memilih siapa yang mereka mahu sokong dan beliau perlu sedar
bahawa pengundi Cina juga merupakan pembayar cukai,” kata Kok dalam satu
kenyataan hari ini.
"Maka diskriminasi ke atas masyarakat Cina
dan sekolah Cina adalah amat tidak adil, tidak demokratik dan tidak
boleh diterima," katanya.
Calon naib presiden Umno itu pada
Selasa lepas memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa pentadbirannya
akan menumpukan pada sekolah kebangsaan kerana beliau tidak dapat
mengabaikan golongan yang memilih BN di Kedah.
“Saya nak
bersifat adil tapi saya pun manusia juga. Akhirnya saya terpaksa
membantu orang yang bantu saya dulu.“Jadi kalau ada yang lebih-lebih tu
barulah saya bantu orang lain,” katanya seperti dipetik dalam satu
laporan media.
Kok berkata Mukhriz sebelum ini juga telah
menimbulkan saranan agar sekolah vernakular digantikan dengan sekolah
aliran tunggal untuk memupuk perpaduan.
"Saya nak beritahu pada
dia, bahasa atau vernakular bukan penyebab polarisasi kaum, tetapi
kerajaan yang tidak adil adalah penyebabnya.
”Semalam Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menegaskan perpaduan antara kaum di
Malaysia tidak akan tercapai selagi sekolah vernakular wujud di
Malaysia.
Yang Dipertuanya, Profesor Madya Dr Asyraf Wajdi
Dusuki, berkata selagi tiada sekolah satu aliran, perpaduan nasional
tidak akan dicapai.
“Mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan
Yew mengambil langkah bijak semasa keluar dari Malaysia, langkah
pertama yang dilaksanakan adalah sekolah satu aliran menggunakan
pengantaraan Bahasa Inggeris.
“Memang benar pendidikan dalam
bahasa Cina masih diajar di Singapura tetapi ianya merupakan inisiatif
institusi pendidikan swasta dan bukannya ditanggung kerajaan seperti
sekolah jenis kebangsaan di Malaysia.
“Jika di peringkat
sekolah rendah lagi tiada interaksi kaum di antara murid dan majikan
Cina masih mahu mengambil pekerja fasih berbahasa Mandarin atau
Kantonis, maka selagi itulah sikap prejudis antara kaum tidak dapat
dihakis daripada budaya masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu
simposium Mendepani Agenda Asing dan Melayu Dalam Krisis Kepimpinan yang
diadakan di Putrajaya semalam.
KAMI MEYOKONG TINDAKAN BERANI MUKHRIZ!
Sumber: Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad (page)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan