Rabu, 14 Mei 2014

INI ANTARA KENAYATAAN KB MARANG.

Assalamualaikum Sahabat-sahabat kepimpinan UMNO dan warga UMNO Bhg. Marang... di sini saya nyatakan pendirian saya sebagai seorang ahli Umno dan Ketua UMNO Bhg Marang tetap akan berdiri teguh sebagai ahli parti UMNO dan tetap berdiri sebagai seorang pemimpin UMNO Marang dan tidak akan sesekali keluar dari Parti Keramat UMNO yang sudah menjadi darah daging dan asas perjuangan saya DULU, KINI DAN SELAMANYA. Saya berharap sahabat2 kepimpinan dan warga UMNO Marang kuatkan semangat dan tempuhilah situasi politik dan kemelut UMNO Trg sekarang dgn bijaksana dan secara matang... Sebagai Ketua UMNO Bhg. Marang dan Adun BN Pengkalan Berangan yg menang dan diberi mandat dlm pru 13 baru-baru ini AMAT SEDIH dan KESAL dgn peristiwa yang tak sepatutnya berlaku di Trg sekarang ini. Sedih bila tumbangnya sebuah kerajaan BN yg terbentuk selepas pru 13 (17 BN - 15 PAS) bila ada di antara rakan2 wakil rakyat BN yg telah keluar parti dan berstatus parti bebas. Walaubagaimanapun saya terpaksa akur dan menghormati keputusan yg. mereka telah buat. Sebab mereka dgn pendirian mereka... DAN saya sangat kesal dgn. peristiwa pertukaran MB Trg yang amat mengejutkan dan terlampau drastik...sedangkan malam sebelumnya kita sama2 berjemaah dan bersolat hajat dan membaca surah yassin bersama2 dan bersalaman dgn penuh keinsafan di majlis menyambut ulangtahun ke 68 UMNO di PWTC.. SAYA AMAT KESAL kerana saya dan kebanyakan wakil rakyat BN dan Ketua UMNO Bhg. langsung dan tidak pernah diajak berbincang oleh mana2 pimpinan tertinggi parti...dlm hal pertukaran MB Trg...sedangkan sudah genap setahun kami bekerja kpd parti dan berkhidmat utk kerajaan BN Trg.malah UMNO Bhg Marang telah membuat retreat dan sama2 berikrar utk memperkasakan UMNO Marang dan berjanji untuk menawan kembali 3 kerusi Dun dan 1 kerusi parlimen yg telah tewas dlm pru 14 nanti. Kalaulah kami diajak berbincang dulu dan memikirkan buruk dan baiknya, apakah risikonya nanti, MAKA situasi sekarang tidak mungkin berlaku. KENAPA jadi begini? MENGAPA harus berlaku? APAKAH DOSA2 KAMI org. UMNO Trg ?..Saya berharap YAB DS PM dan YAB TS TPM ambillah peranan segera utk kembalikan maruah BN/UMNO Trg..kepada KAKANDA YB. DS Ahmad Said dan Datin Seri...maafkan saya. Kepada anak2ku dan isteriku, sahabat2 seperjuanganku dan rakan2 umno Marang..kuatkan semangatmu dan berdoalah semoga Allah swt.merahmati perjuangan kita (UMNO) dan kembalikan keperkasaan UMNO utk AGAMA BANGSA dan NEGARA. Maaf kpd kalian sekiranya luahan hati ku ini tidak disenangi. Airmataku yg berguguran ketika ku coretkan luahan ini..adalah airmata perjuanganku!!! AKU DULU, KINI DAN SELAMANYA TETAP BERSAMA UMNO...Allahuakbar!!!! - YB cikgu latif

Sent from Naluri's iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan